TERKINI

Kedah mara ke peringkat separuh akhir Piala FA

Kedah mara ke peringkat separuh akhir Piala FA

21/04/2017 11:22pm

IPOH - Kedah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir meskipun tewas 0-1 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC pada saingan suku akhir kedua Piala FA 2017 di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Skuad Helang Merah mara dengan agregat 6-2 selepas menang 6-1 pada aksi suku akhir pertama 1 April lalu.

Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-10 selepas menerima hantaran lintang daripada Vincent Lukas.

Selaku pasukan pilihan untuk mara ke peringkat separuh akhir, anak-anak buah Tan Cheng Hoe terus menggandakan asakan sepanjang perlawanan ke gawang PKNP FC dalam usaha untuk merapatkan kedudukan sekaligus menjarakkan agregat jaringan.

PKNP FC bagaimanapun berjaya mempertahankan kedudukan dan jaringan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Varia!»

Sesal penderita HIV positif

SITI gemar berpeleseran di kelab malam sehingga dia akhirnya terjebak menjadi pelacur. Gambar hiasan

Process time in ms: 31