TERKINI

Kadar literasi rakyat Malaysia masih di tahap 55 peratus

Kadar literasi rakyat Malaysia masih di tahap 55 peratus

21/04/2017 10:48pm


Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Kadar literasi penduduk Malaysia masih berada di tahap 55 peratus dengan purata setiap rakyat hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Nafisah Ahmad.

Beliau berkata, kadar literasi rakyat negara ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk terkini Malaysia iaitu seramai 31.7 juta orang.

"Bagi mencapai sasaran ideal dengan jumlah populasi, setiap orang perlu membaca 30 buku setahun sedangkan secara purata, setiap penduduk hanya membaca sehingga 20 buku seorang dalam masa setahun," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas program Jom Baca Bersama 10 minit 2017 anjuran PNM yang akan diadakan bermula 11 pagi pada 25 April depan. - Bernama

Process time in ms: 47