TERKINI

Pesara guru maut motosikal bergesel dengan kereta

Pesara guru maut motosikal bergesel dengan kereta

21/04/2017 8:09pm


P. Ramachandran (gambar kecil), maut apabila motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Klang-Banting petang tadi.


KUALA LANGAT - Seorang pesara guru maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 33, Jalan Klang-Banting di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu, mangsa, P. Ramachandran, 63, yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Ramachandran bergesel kereta yang dipandu V. Ganeshkumar, 32.

"Akibat pergeseran itu, mangsa telah terjatuh daripada motosikal dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Ganeshkumar tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Banting dari Klang," katanya.

Azizan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47