TERKINI

Pemberian mata demerit tidak libat langgar lampu kuning

Pemberian mata demerit tidak libat langgar lampu kuning

21/04/2017 5:47pm


Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan isu yang tular di media sosial baru-baru ini bahawa pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata demerit.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) hanya melibatkan kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju.

Selain itu, JPJ turut menafikan bahawa 400 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di seluruh negara.

Menurutnya setakat ini, terdapat 14 kamera AES telah dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia dan hanya akan menambah pemasangan kamera ini dari semasa ke semasa.

"JPJ ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 32