TERKINI

Sindiket seludup rokok dan arak kini aktif di Perlis

Sindiket seludup rokok dan arak kini aktif di Perlis

21/04/2017 5:32pm

Syed Basri Syed Ali


PADANG BESAR - Kegiatan penyeludupan di Perlis kini bukan sahaja melibatkan daun ketum, tetapi juga karton rokok dan arak untuk pasaran tempatan.

Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kegiatan penyeludupan itu aktif berlaku kerana nilai jualan yang tinggi bagi kedua-dua barangan tersebut.

"Kumpulan sindiket warga tempatan ini dipercayai membeli karton rokok dan arak yang belum lulus kastam di premis bebas cukai di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar sebelum dipasarkan di dalam negara terutama di Pulau Pinang.

"Malah, mereka menggunakan taktik seperti bungkusan plastik hitam dan menukar nombor plat pendaftaran kenderaan Thailand kepada nombor plat pendaftaran kenderaan tempatan bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Selain itu, kumpulan sindiket ini turut menjalankan operasi pada waktu senja selain menggunakan khidmat tonto bagi mengawasi kegiatan mereka," katanya pada sidang media di Kompleks Aksem Chuping di sini hari ini. - K! ONLINE

Process time in ms: 31