TERKINI

Kilang penapis gula terbesar di Malaysia siap 80 peratus

Kilang penapis gula terbesar di Malaysia siap 80 peratus

21/04/2017 3:19pm

Gambar hiasan


JEMPOL - Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah siap 80 peratus dan dijangka memulakan operasi pada tahun depan, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, apabila beroperasi ia dijangka mampu mengeluarkan satu juta tan metrik gula bertapis setahun.

"Ini akan menjadikan MSM (MSM Malaysia Holdings Bhd) bukan sahaja dapat menjual gula bertapis di pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport ,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis Penyerahan Komputer dan Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir 2 (F) di sini, hari ini.

MSM yang dikuasai syarikat perladangan utama FGV dan menguasai 65 peratus bahagian dalam pasaran gula tempatan telah membelanjakan RM90 juta bagi pembelian tanah 20.477 hektar untuk kilang penapis ketiga negara.

Mohd. Isa berkata, kilang tersebut akan mendapat bekalan gula mentah daripada beberapa negara, termasuk Brazil, China dan Thailand. - Bernama

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 32