TERKINI

Polis tahan pengasuh sebabkan kematian bayi lapan bulan

Polis tahan pengasuh sebabkan kematian bayi lapan bulan

21/04/2017 2:57pm


Sum Chang Keong


IPOH - Polis menahan seorang pengasuh wanita berusia 36 tahun yang dipercayai menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia lapan tahun di Taman Meru di sini semalam.

Bayi tersebut, Muhammad Syahmi Naufal Muhammad Adam Tham disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati belakang kepala bayi tersebut dipercayai dihentak dan dipukul dengan objek keras.

Jelasnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan pada bahagian kepala.

"Bertindak atas maklumat yang diperoleh, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap wanita tersebut yang mengasuh bayi lelaki berkenaan.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis depan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini sebentar tadi.

Menurut Chang Keong, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE

Process time in ms: 47