TERKINI

Bekas pemain bola sepak kebangsaan dibebaskan dengan jaminan SPRM

Bekas pemain bola sepak kebangsaan dibebaskan dengan jaminan SPRM

21/04/2017 1:04pm

Ah Chong (kanan) dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Foto oleh ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA - Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai Ah Chong yang disiasat berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana 2017 dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman membenarkan suspek berusia 43 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dan tiga penjamin.

Terdahulu, Ah Chong tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada pukul 9.30 pagi dengan memakai baju-T lengan panjang berwarna putih dan berseluar jeans dengan tangan bergari sambil diiringi pegawai SPRM.

Sebelum itu, dia ditahan reman selama tujuh hari sejak 15 April lalu bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana 2017 melibatkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 46