SUKAN

Kemelut selesai

Kemelut selesai

NORZA (kanan) bersalaman dengan Al Amin sambil diperhatikan Rosmah dan Khairy (tiga dari kiri) di Putrajaya semalam.


TEKA-TEKI berhubung peneraju baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terjawab semalam.

Pemangku Presidennya, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebagai presiden yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dicapai bagi memastikan prestasi sukan badminton negara terus berada di kemuncak di bawah kepimpinan Norza yang masih muda dan berjiwa besar.

“Pemilihan jawatan Presiden ini dicapai oleh kedua-dua pihak (Norza dan Al Amin) dengan persetujuan Penaung persatuan ini, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Keputusan Al Amin yang memberi laluan kepada Norza untuk memegang jawatan Presiden BAM tanpa bertanding dibuat atas semangat kekeluargaan dalam memastikan sukan badminton Malaysia berada di landasan yang lebih baik selepas ini,” katanya pada sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Pengumuman rasmi jawatan Presiden BAM yang baharu akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 29 April depan.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 47