NEGARA

Benjy sorok syabu dalam dubur

Benjy sorok syabu dalam dubur


Benjy ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas pemeriksaan mendapati terdapat dua bungkus syabu disorokkan di dalam duburnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan Selasa lalu.


MEDAN, Indonesia – Pelakon Malaysia, Benjy bakal berdepan hukuman mati selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di sini Selasa lalu kerana menyorokkan dua bungkus dadah jenis syabu di dalam duburnya.

Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Kualanamu, Zaky Firmansayah berkata, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim ditahan sejurus mendarat di lapangan terbang tersebut pada pukul 9.30 malam waktu tempatan pada Selasa lalu.

“Pemeriksaan awal terhadap pelakon berusia 38 tahun itu mendapati dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram ditemui disembunyikan di dalam dubur pelakon tersebut ketika menaiki penerbangan Malindo Air OD322 dari Kuala Lumpur.

“Pelakon tersebut ketika disoal siasat menga­ku telah membeli syabu tersebut daripada seorang individu di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Medan untuk menemui rakannya dipercayai bekerja sebagai deejay,” katanya seperti dipetik portal Detikcom di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 16