NEGARA

Bayar ikat jamin RM2 juta

Bayar ikat jamin RM2 juta

ABD. Latif (dua dari kanan) bermalam di lokap kelmarin selepas gagal membayar wang jaminan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.


JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor, Datuk Abd. Latif Bandi dibebaskan dari Pusat Reman Johor Bahru, Ulu Choh dekat sini semalam selepas dia membayar wang ikat jamin sebanyak RM2 juta.

Abd. Latif, 51, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas 33 pertuduhan rasuah berkaitan penyelewengan hartanah berjumlah RM30.3 juta ditahan di pusat itu selepas gagal membayar wang ikat jamin itu.

Salah seorang daripada lapan peguam bela Abd. Latif, Ibrahim Haikal berkata, Exco tersebut hadir di Tingkat 1, Kompleks Mahkamah di sini pada sebelah pagi dengan di­iringi anggota polis bagi membayar wang jaminan tersebut.

“Anak guam saya dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dari pagi tadi (semalam) dan berjaya membuat bayaran pada pukul 2 petang.

“Dia kemudian dibebaskan dan beredar meninggalkan Kompleks Mahkamah Johor Bahru bersama ali keluarganya kira-kira pukul 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Abd. Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Endau menghadapi 33 tuduhan bersubahat dengan seorang perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 44, berhubung penyelewengan hartanah berjumlah RM30.3 juta empat tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 16