DUNIA

Dua terbunuh terkena bom sendiri

Dua terbunuh terkena bom sendiri


REUTERS - Anggota tentera mengawal dan melakukan pemeriksaan di kawasan letupan bom di wilayah Sabayoi, Songkhla di Thailand semalam.


NARATHIWAT – Dua lelaki terbunuh selepas bom yang mereka bawa meletup di selatan Thailand, menurut pihak tentera semalam.

Insiden itu berlaku pada waktu malam di kawasan wilayah yang bergolak lebih satu dekad ekoran pertempuran antara penduduk Islam dengan tentera Thai.

Timbalan Jurucakap Tentera bahagian Selatan Thailand, Kolonel Yutanam Petchmoang berkata, kedua-dua lelaki itu maut ketika cuba memindahkan satu peranti letupan di daerah Sabayoi, wilayah Songkhla.

“Mereka ketika itu berada di atas motosikal. Kami mempunyai rekod bahawa kedua-dua mereka bersimpati dengan pemberontak tempatan,” katanya.

Tentera berkata, pemberontak melancarkan siri serangan menggunakan pistol dan bom tangan di kawasan Deep South negara itu pada malam Rabu lalu. Sebanyak 13 kejadian serangan berasingan direkodkan.

Bagaimanapun, tiada mana-mana individu terkorban dalam serangan itu. Seramai lima orang dilaporkan cedera ringan dalam serangan berkenaan.

Serangan letupan bom dan tembakan berlaku hampir setiap minggu di kawasan selatan Thailand. Setakat ini, seramai 6,800 orang terkorban sejak tahun 2004. – AFP

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31