DUNIA

Hotel ‘perceraian’ dibuka di Britain

Hotel ‘perceraian’ dibuka di Britain


AGENSI - HOTEL penceraian di York, Britain ini menyediakan bilik dengan katil kelamin untuk pasangan suami isteri sebelum mereka bercerai.


YORK, Britain – Sebuah hotel perceraian pertama di Britain menyediakan perkhidmatan kepada pasangan suami isteri untuk bercerai secara aman dengan bayaran £10,000 (RM56,500).

Hotel Divorce itu membenarkan pasangan meluahkan pandangan mereka secara aman tanpa perlu membayar kos peguam yang mahal.

Pasangan suami isteri akan hadir dan tinggal di bilik berasingan, namun berjanji untuk menyelesaikan pertikaian mereka dan bercerai dalam tempoh dua hari sebelum berpisah secara rasmi tiga bulan kemudian.

Pengasasnya, David Leckie berkata, idea mewujudkan hotel tersebut diperoleh apabila sepasang suami isteri bercerai di sebuah hotel di sini bulan lalu.

“Cara ini benar-benar baik untuk mereka yang mahu bercerai secara cekap, berkesan dan tanpa pertengkaran,” katanya.

Sejumlah 15 pasangan telah memohon untuk bercerai melalui perkhidmatan di hotel tersebut. – Agensi

Pesona!»

Serawa Labu Manis Nestum pikat juri

ALISA bersama suami, Shahrizal Bakar dan empat orang anaknya bergambar selepas dinobatkan sebagai Ratu Empayar Sajian Nestum 2017.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 31