DUNIA

Bas jatuh gaung di India, 44 maut

Bas jatuh gaung di India, 44 maut


AFP - AnGGOTA penyelamat melihat bangkai bas yang terjatuh ke dalam gaung di Chopal, 115 kilometer dari ibu negeri Himachal Pradesh, Shimla semalam.


NEW DELHI – Sebuah bas ter­babas semasa melalui sebatang jalan di kawasan pergunungan Himalaya, utara India dan terjunam ke dalam gaung, mengakibatkan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh, kata seorang pegawai semalam.

Bas membawa 56 penum­pang itu jatuh ke dalam sebatang sungai di negeri Himachal Pradesh yang terletak kira-kira 115 kilometer dari ibu negeri nya, Shimla.

“Laporan awal menunjukkan bahawa bas persendirian itu terjatuh ke dalam gaung dan mengakibatkan lebih 40 orang terbunuh.

“Laporan terkini yang diberikan kepada saya pula menyatakan 44 orang maut dalam kemalangan ini,” kata Komisioner Polis daerah Shimla, Rohan Chand Thakur.

Katanya, pihak polis bergegas ke tempat kejadian ketika usaha menyelamat sedang dilakukan. Punca kemalangan atau sama ada terdapat mangsa terselamat yang mengalami kecederaan tidak dapat dipastikan.

India memiliki sebilangan jalan raya yang dikategorikan paling berbahaya di dunia.

Negara itu mencatatkan lebih 150,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan yang antara lain disebabkan oleh keadaan jalan yang daif, kende­raan tidak diselenggara dan memandu secara cuai.

Pada Februari lalu, 16 orang terbunuh dan lebih 50 cedera apabila sebuah trak membawa penumpang ke sebuah gereja terbalik di kawasan berbukit di timur laut India. – AFP

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31