VARIA

Bantuan kemanusiaan untuk rakyat Yemen

Bantuan kemanusiaan untuk rakyat Yemen

BEBERAPA orang daripada pasukan peninjau MRA mengadakan misi kemanusiaan terbaharu kepada rakyat Yemen baru-baru ini.


Bagai tidak dipedulikan dunia, Yemen sedang menderita krisis ekonomi dan kemanusiaan yang tragis sekali gus menjadikannya negara termiskin dalam dunia Arab. Ketika tumpuan diberikan kepada negara-negara bergolak yang lain, jangan lupakan penderitaan rakyat Yemen yang ditegaskan bakal diancam kebuluran pada tahun ini.

Berjiran dengan negara-negara Arab yang kaya-raya, kebuluran mungkin dianggap mustahil, namun itulah hakikat yang sedang menimpa negara mangsa perang itu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menegaskan, tahun 2017 akan menjadi tahun kebuluran di Yemen apabila rakyatnya mengalami kekurangan sumber air bersih dan makanan asas yang serius.

Menyedari hal itu, pertubuhan bukan kerajaan, Malaysian Relief Agency (MRA) menyeru rakyat negara ini untuk membantu masyarakat Yemen yang kini amat memerlukan bantuan.

Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, kadar kebuluran di Yemen sejak awal tahun ini semakin meruncing.

“Seramai 14 juta orang mengalami kebuluran dan paling terjejas adalah golongan kanak-kanak akibat kekurangan zat. Apa yang membimbangkan adalah mereka kekurangan sumber makanan asas, air bersih dan tempat perlindungan,” katanya kepada Kosmo! menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.


PBB menegaskan tahun ini merupakan tahun kebuluran bagi rakyat Yemen.


Menurutnya, MRA sebenarnya telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Yemen sejak 2015 lagi secara berterusan termasuk membantu pelarian Yemen yang kini berada di negara Djibouti.

“Antara bantuan yang dihulurkan ialah perkara-perkara asas seperti makanan asas, air bersih dan bantuan perubatan. Usaha MRA membantu rakyat Yemen tidak berhenti di situ sahaja, sehingga tahun 2016 MRA menyasarkan untuk membantu rakyat Yemen yang masih kurang mendapat perhatian pihak luar,” katanya.

Pada tahun ini, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan berjalan lancar, MRA akan menganjurkan Makan Malam Amal Yemen Charity Night pada 30 April ini untuk kutipan dana.

“Tanpa sokongan rakyat Malaysia yang prihatin, hasrat MRA untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Yemen tidak akan dapat direalisasikan,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai makan malam amal itu boleh menghubungi pejabat MRA di talian 03-9174 4672 atau 013-337 1672. Sumbangan ikhlas dalam bentuk wang boleh disalurkan melalui akaun CIMB Bank 86000 59478 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.

Yemen merupakan negara di selatan Semenanjung Arab yang dilanda krisis sejak tahun 2011 selepas tercetusnya peperangan di Sanaa.

Rencana Utama!»

Pembunuhan rakyat Syria beramai-ramai

ORANG awam yang disyaki terkena gas sarin di Khan Sheikhoun, Idlib, Syria bergelimpangan di atas tanah.

Varia!»

Polis Shah Alam dekati pelajar Taufiq Islami

Pelajar-pelajar Institut Taufiq Islami teruja dan seronok dapat beramah mesra dengan Shafien (kanan).

Process time in ms: 16