TERKINI

Isteri Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia

Isteri Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia

19/04/2017 1:56pm


Sabbaruddin Chik (kanan) menyiram air mayar di atas pusara Allahyarham isterinya.


PETALING JAYA - Isteri Pengerusi Amanah Raya Berhad, Tan Sri Sabbaruddin Chik, Puan Sri Faridah Mohamed, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini pada pukul 12.40 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Salina Sabbaruddin Chik berkata, ibunya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga selepas 30 hari dimasukkan ke hospital berkenaan.

Menurutnya, jenazah ibunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada pukul 12 tengah hari.

"Arwah menghidap penyakit benjolan saluran darah dan angin ahmar empat minggu lalu sebelum menerima rawatan di hospital.

"Ibu ada berpesan agar kami sentiasa menjaga hubungan silaturahim antara keluarga dan jangan berpecah belah walau apa pun yang berlaku," katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Process time in ms: 31