VARIA

Medifeet lancar rekaan kasut baharu

Medifeet lancar rekaan kasut baharu

Rekaan kasut baharu Medifeet menumpukan bahagian tumit, metatarsus dan arkus kaki.


Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap sakit kaki bukan lagi suatu masalah kesihatan yang menggusarkan.

Begitupun, ia perlu diberi penekanan kerana kaki bertindak sebagai bahagian yang menyokong tubuh serta menjadi struktur penting kepada seluruh badan.

Sekiranya kaki tidak sihat, seluruh badan akan menderita termasuk lutut, pinggul serta tulang belakang.

Malah, ia dikhuatiri akan mengakibatkan implikasi kesihatan serius yang lain.

Antara masalah kaki yang sering dialami ialah sakit tumit, sakit pada sendi jari kaki, bunion (bengkakan pada sendi pertama ibu jari kaki yang tersesar ke satu sisi), kaki bengkok dan kulit kaki kematu.

Menurut laporan blog kesihatan Pusat Maklumat Bioteknologi Nasional (NCBI) 2013, kebanyakan masalah tersebut adalah disebabkan pemakaian kasut yang tidak sesuai.

Ia bukan sahaja menyerang kaum wanita malah turut menghantui golongan lelaki daripada lingkungan kanak-kanak umur enam bulan sehingga golongan dewasa berusia 60 tahun.

Prihatin isu berkenaan, Medifeet HQ Sdn. Bhd. (Medifeet) yang merupakan peneraju kasut kesihatan di Malaysia melancarkan lapan rekaan terbaharu.

Rekaan tersebut bukan sahaja menawarkan keselesaan malah menjanjikan gaya versatil kepada para pelanggan dengan menggunakan teknologi perubatan terkini.

Pengurus Operasi Medifeet, Samantha Peh berkata, kesemua rekaan baharu itu mampu memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah pada bahagian kaki.

“Koleksi baharu ini memberikan tumpuan dan perlindungan di tiga bahagian utama pada kaki.

“Dengan memberikan sokongan kusyen yang menonjol pada tiga bahagian tersebut iaitu tumit, metatarsus (lima tulang yang terdapat di antara pergelangan kaki dengan jari kaki) serta arkus, kaki yang bermasalah akan berasa lebih selesa.


Samantha (tengah) bersama dua pekerjanya menunjukkan lapan rekaan kasut baharu Medifeet.


“Ia sekali gus akan membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kaki dan dalam masa yang sama melindungi kesihatan kaki,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran rangkaian produk terbaharu Medifeet di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tiga warna menarik

Samantha menjelaskan, kesemua rekaan itu merangkumi kategori bagi lelaki, perempuan serta kanak-kanak.

Selain itu, rangkaian produk terbaharu Medifeet didatangkan dengan pilihan tiga warna menarik.

“Harga bagi lapan rekaan baharu itu bermula serendah RM279 hingga RM369 dan boleh didapati di semua rangkaian Medifeet seluruh negara.

“Ia sekali gus menjadikan Medifeet sebagai sebuah pusat sehenti keluarga bagi membeli produk kesihatan untuk kaki,” katanya lagi.

Tambah Samantha, pihaknya mendapat permintaan yang tinggi untuk segmen rekaan bunion dan tapak rata kerana kebanyakan masyarakat Malaysia mempunyai masalah tersebut.

Justeru itu, beliau berharap masyarakat lebih peka terhadap tabiat pemakaian kasut yang betul dan berjumpa dengan pakar dalam bidang itu untuk mendapatkan rundingan kesihatan.

Medifeet dihasilkan daripada kajian dan pembangunan yang teliti daripada pakar kesihatan bidang itu.

Ia disokong oleh rakan kerjasama korporat daripada Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika Syarikat dan Persatuan Podiatri Australia.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Varia!»

Sesal penderita HIV positif

SITI gemar berpeleseran di kelab malam sehingga dia akhirnya terjebak menjadi pelacur. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31