PESONA

Warna firus, hitam serikan majlis minum petang Peniagawati

Warna firus, hitam serikan majlis minum petang Peniagawati


AHLI jawatankuasa Peniagawati bergambar pada majlis sambutan ulang tahun Peniagawati Ke-37 di Dewan Tulip, Felda D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.


DEWAN Tulip, Felda D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur pada petang itu kelihatan ceria dengan hiasan belon berwarna firus dan hitam selain para tetamu turut memakai pakaian senada.

Tampil dengan persalinan santai tetapi penuh gaya, dewan yang sepi menjadi gamat apabila para tetamu teruja bertemu kenalan masing-masing. Bekas Pengurus Besar Rangkaian Era FM. dan Sinar FM., Kudsia Abdul Kahar yang bertindak sebagai juruacara majlis terpaksa meminta para hadirin bertenang dan mengambil tempat masing-masing untuk memulakan acara.

Doa


PERUNDING imej merangkap pemilik Adamaya Consultancy Services, Datin Sharifah Shawati (dua dari kanan) hadir sama sebagai tanda sokongan kepada Peniagawati.


Majlis minum petang Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia atau Peniagawati itu dihadiri hampir 200 tetamu sempena meraikan ulang tahun ke-37 persatuan berkenaan.

Persembahan slaid tentang sejarah Peniagawati memberi input serba sedikit kepada tetamu kewujudan persatuan tersebut sejak 24 Mac 1980.

Kelewatan bekas Presiden Peniagawati dari tahun 1999 hingga 2003, Puan Seri Ashidah Minin sebagai individu yang dilantik membaca doa sedikit pun tidak mencacatkan acara petang itu. Sebaliknya, bait-bait doa beliau cukup menyentuh hati para tetamu.

Acara serba ringkas tetapi penuh makna itu dimulakan dengan ucapan aluan daripada Presiden Peniagawati, Datuk Azlin Ahmad Shaharbi.

“Terdapat banyak persatuan usahawan wanita di luar sana yang tumbuh bak cendawan tetapi kita harus ingat Peniagawati adalah persatuan yang paling lama bertahan kerana kita mempunyai kekuatan ahli yang setia dan tahu hala tuju.

“Sehingga kini, Peniagawati mempunyai lebih 1,000 ahli baru dan lama dari pelbagai industri serta peringkat umur. Jangan terkejut jika saya katakan ahli tertua kami berusia 90 tahun,” ujarnya bersemangat.

Sesi sembang santai melibatkan tiga wanita hebat iaitu tokoh dalam industri perbankan, Datuk Atikah Adom, usahawan wanita bumiputera bidang kejuruteraan dan fesyen, Datuk Ida Suraya Mustapha dan arkitek yang pernah dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori usahawan wanita oleh Ernst & Young, Datuk Nafisah Radin menyuntik semangat kepada ahli untuk terus kekal berjuang sebagai usahawan.

Saksafon


Azlin menunjukkan bakat bermain saksofon pada majlis ulang tahun Peniagawati.


Kemuncak majlis tersebut menyaksikan Azlin mendendangkan dua buah lagu, Sway, nyanyian Michael Buble dan Bossanova lagu yang dipopularkan oleh penyanyi 1980-an, Wann melalui tiupan saksofonnya. Ahli-ahli peniagawati yang teruja dengan persembahan tersebut lalu naik ke pentas dan membuat persembahan tarian yang menghiburkan sebagai mengiringi lagu dendangan Azlin.

Bagi memberi peluang kepada ahli untuk mengenali antara satu sama lain, terdapat beberapa kios yang menjual pelbagai produk bumiputera hasil air tangan wanita. Antaranya termasuklah pakej spa, barangan kosmetik, makanan, kuih-muih, produk dekorasi, minuman, buku masakan dan sebagainya.

Salah seorang ahli Peniagawati, Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn.Bhd.

dan pengedar FCC Asia Tenggara, Ili Zawani Ismail, 30, mengakui berkecimpung dalam bidang perniagaan adalah satu pengalaman yang mencabar.

“Melalui platform yang ada seperti persatuan ini, kita dapat bergaul dengan orang yang berpengaruh dan mempunyai pengalaman luas dengan lebih dekat lagi.

“Jika tiada platform seperti ini, saya andaikan agak sukar untuk berjumpa dengan nama-nama besar seperti Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Wira Dr. Maznah Hamid dan ramai lagi,” ujarnya merangkap Timbalan Presiden kedua Peniagawati.

Ahli-ahli Peniagawati juga berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan ringkas seperti tekanan darah, kolesterol dan glukos dalam darah.

Sebagai meraikan ulang tahun Peniagawati yang ke-37, acara memotong kek menutup majlis tersebut.

Pesona!»

Serawa Labu Manis Nestum pikat juri

ALISA bersama suami, Shahrizal Bakar dan empat orang anaknya bergambar selepas dinobatkan sebagai Ratu Empayar Sajian Nestum 2017.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 47