KESIHATAN

Wanita dilamun cinta miliki ingatan tajam

Wanita dilamun cinta miliki ingatan tajam


WANITA yang dilamun cinta lebih mudah mengingati sesuatu perkara jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mempunyai kekasih. – Gambar hiasan


KAJIAN terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik jika dibandingkan dengan wanita tidak mempunyai kekasih.

Ketua penyelidik, Dr. Christopher Watkins berkata, wanita yang menjalin hubungan jangka panjang dengan kekasihnya juga disifatkan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baru sahaja dilamun cinta.

Kajian tersebut dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.

Watkins berkata, hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.

“Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka,” ujarnya.

Horizon!»

Pengalaman indah belai, manjakan gajah

Dua ekor anak gajah ini melakonkan semula kejadian sebenar ibunya mati sebelum kedua-duanya ditangkap oleh Perhilitan dan ditempatkan di KECV.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 32