TERKINI

Shila Amzah kalah kes tuntutan saman fitnah terhadap Kosmo!, diarah bayar kos RM20,000

Shila Amzah kalah kes tuntutan saman fitnah terhadap Kosmo!, diarah bayar kos RM20,000

31/03/2017 5:23pm


SHILA AMZAH


KUALA LUMPUR - Akhbar harian bahasa Melayu No. 1 di Malaysia, Kosmo! menang kes tuntutan saman penyanyi Shila Amzah di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi berhubung penerbitan artikel didakwa berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! pada 17 September 2014.

Mahkamah turut memerintahkan penyanyi itu dan syarikat Shila Amzah Entertaiment Bhd. selaku plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada akhbar Kosmo! selaku defendan. - K! ONLINE

Process time in ms: 47