TERKINI

Kementerian Kesihatan kesan lapan produk kosmetik beracun

Kementerian Kesihatan kesan lapan produk kosmetik beracun

22/03/2017 4:26pm


Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan lapan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk-produk kosmetik itu adalah MoleekDay Cream, Adel Miracle Flawless Serum dan Ah Beauty Night Cream yang dikesan mengandungi merkuri, manakala produk NDZ UV Whitening mengandungi hidrokuinon seterusnya Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream - Sensitif dan Ellfie Night Cream (hidrokuinon dan tretinoin).

Menurut Noor Hisham, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan pihak penjual serta pengedar berkaitan diarahkan memberhentikan penjualan dan pengedaran produk berkenaan serta-merta.

"Produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Produk kosmetik yang dicampur dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

Pesona!»

Serawa Labu Manis Nestum pikat juri

ALISA bersama suami, Shahrizal Bakar dan empat orang anaknya bergambar selepas dinobatkan sebagai Ratu Empayar Sajian Nestum 2017.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 47