TERKINI

Warga emas maut terperosok bawah kereta

Warga emas maut terperosok bawah kereta

21/03/2017 12:57pm


Mangsa, Hashimah terperosok di bawah kereta jenis Perodua Myvi dan telah disahkan meninggal dunia.


KAMUNTING - Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Regat di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.08 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sewaktu tiba, didapati mangsa, Hashimah Chin, 60, terperosok di bawah kereta jenis Perodua Myvi dan telah disahkan meninggal dunia.

"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa di bawah kereta tersebut dengan menggunakan peralatan belon udara dan pengusung.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambahnya, operasi menyelamat mangsa tamat pada pukul 9 pagi. - K! ONLINE

Process time in ms: 47