TERKINI

Lelaki maut kenderaan dipandu terjunam ke dalam gaung

Lelaki maut kenderaan dipandu terjunam ke dalam gaung

21/03/2017 11:49am


Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter.


JEMPOL - Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, mangsa Out Kah Chun, 30, dari Desa Rasah, Seremban disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noor Zainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang memandu kenderaan jenis Hilux dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kuantan, Pahang.

Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Mohd. Fahmi Tan berkata, tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.15 pagi. - K! ONLINE

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 16