TERKINI

LIMA'17: Perdana Menteri rasmikan LIMA '17

LIMA'17: Perdana Menteri rasmikan LIMA '17

21/03/2017 12:09pm


Perdana Menteri merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA '17) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.


LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA '17) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.

Membuka tirai LIMA '17 adalah lintas terbang tiga buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua pesawat Sukhoi SU-30MKM.

Ini disusuli tiga buah helikopter EC-735 yang terbang rendah dan tujuh pesawat latihan Pilatus PC7-Mk II.

Hadirin turut terpukau dengan lintas terbang tiga pesawat pengangkut gergasi Airbus A400M TUDM diikuti demonstrasi serangan udara oleh pesawat F/A-18D Hornet.

Edisi ke-14 LIMA yang berlangsung selama lima hari melibatkan penyertaan lebih 500 pempamer dari 38 buah negara.

Tiga hari pertama pameran dihadiri peserta perdagangan dan tentera sebelum dibuka kepada orang ramai.

Buat julung-julung kali juga LIMA melibatkan sektor komersial selain industri pertahanan. - K! ONLINE

Process time in ms: 47