SUKAN

Lallana tidak perlu mohon maaf

Lallana tidak perlu mohon maaf


LALLANA melompat ke atas rakan-rakan sepasukannya ketika meraikan jaringan gol penalti oleh Milner ketika aksi menentang Manchester City di Stadium Etihad tengah malam kelmarin.


MANCHESTER – Pemain sensasi Liverpool, Adam Lallana memohon maaf kepada para penyokong The Reds apabila melepaskan peluang keemasan menjaringkan gol kemenangan di Stadium Etihad, namun Jurgen Klopp mempertahankan persembahan menakjubkan perancang tengah tersebut.

Pada perlawanan tersebut, kapten The Reds, James Milner berjaya meletakkan pasukan pelawat di depan sebelum Sergio Aguero menjaringkan gol penyamaan.

Namun, Lallana berpeluang untuk meletakkan Liverpool di landasan kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan tetapi gagal menendang kemas bola untuk menewaskan penjaga gol, Willy Caballero.

“Dia (Lallana) adalah pemain secara teknikal terbaik pernah saya bimbing sepanjang menjadi jurulatih. Sekiranya dia gagal menjaringkan gol tersebut, ia berpunca daripada dia terlalu bersungguh-sungguh pada sesi latihan.

“Selain itu, penjaga gol lawan (Caballero) juga mempamerkan rentak cemerlang untuk menafikan beberapa peluang ke­emasan kami. Saya akui Adam telah memohon maaf kepada saya selepas tamat perlawanan, namun sebenarnya dia tidak perlu minta maaf kerana Adam bermain dengan cemerlang.

Dalam perkembangan sama, pengendali dari Jerman itu mengakui peluang untuk mereka memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan dengan meraih kedudukan empat teratas liga masih lagi terbuka.

“Keputusan ini tidak menggugat misi kami untuk beraksi ke pentas Eropah musim depan. Mungkin saya kecewa hari ini (semalam) bahawa kami gagal mengutip tiga mata penuh, namun fokus kami tetap jelas dan saya tidak mahu pemain terbawa-bawa keputusan ini.

“Saya anggap perlawanan seterusnya adalah paling penting kerana kami akan menentang Everton yang memiliki rekod cemerlang pada musim ini. Saya yakin kami akan buat persiapan lebih rapi nanti,” katanya. – AGENSI

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 46