NEGARA

Balasan simpan burung murai batu

Balasan simpan burung murai batu


ANTARA burung murai batu yang dirampas Perhilitan di dalam bahagian bawah tempat letak barang sebuah bas ekspres di Kilometer 32.8 Lebuh Raya Utara-Selatan pada 14 Mac lalu.


JOHOR BAHRU – Dua lelaki warga Indonesia masing-masing didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan menyimpan 247 ekor burung murai batu yang juga spesies hidupan liar dilindungi minggu lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Aat Yudianto, 49, dan Ernawan Hadianto, 25, mengaku bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mereka turut diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan tuduhan pertama, mereka bersama-sama didakwa menyimpan 214 ekor burung murai batu yang juga spesies hidupan liar dilindungi di bahagian bawah tempat letak barang sebuah bas ekspres di Kilometer 32.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Se­belah Kulai dekat Kulai kira-kira pukul 6.10 pagi, 14 Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 32