NEGARA

Henti sabotaj ekonomi negara

Henti sabotaj ekonomi negara


NAJIB ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak tertentu berhenti daripada melakukan tindakan mensabotaj ekonomi demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, pendapat dan pandangan yang dibuat tanpa fakta dan asas bertujuan memburukkan ekonomi negara sedikit sebanyak membawa sentimen yang boleh memberi kesan kepada pelaburan asing.

“Perkara ini tidak wajar diteruskan walaupun kita ada perbezaan pendapat politik, tapi kepentingan negara tidak seharusnya dijadikan sebagai pertaruhan dalam soal politik kepartian.

“Ini amat penting sebab kepentingan negara sepatutnya mengatasi segala-galanya dan inilah yang saya harap dan saya merayu ja­ngan ada unsur-unsur sedemikian,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 31