NEGARA

Culik di Johor kurung di Batam

Culik di Johor kurung di Batam


Suri rumah diculik sekumpulan lelaki semasa berada di rumahnya di Bandar Putra, Kulai pada 21 Februari lalu.


KULAI – Seorang suri rumah bagai mati hidup se­mula selepas dia yang diculik dari rumahnya di Bandar Putra di sini sebelum disembunyikan di Batam, Indonesia sejak sebulan lalu dapat di­selamatkan polis tanpa sebarang kecederaan.

Wanita berusia 44 tahun itu diculik dari rumahnya pada pukul 3.30 petang, 21 Februari lalu semasa berada di rumah. Semasa kejadian, mangsa yang merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan yang menguruskan kemasukan pekerja asing berada di rumah dengan seorang anak lelakinya dan seorang pembantu rumah.

Selepas diculik sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol, mangsa dipercayai terus dibawa menaiki bot di laluan tikus di Pengerang, Kota Tinggi menuju ke Batam. Di Batam, suri rumah itu dikurung di sebuah rumah ladang.

Ahli keluarga mangsa hanya menerima panggilan penculik yang meminta wang tebusan bernilai puluhan juta ringgit dua minggu selepas mangsa dilarikan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 3188