NEGARA

Koperal polis patah kaki dirempuh

Koperal polis patah kaki dirempuh




JOHOR BAHRU Seorang anggota polis berpangkat koperal patah kaki kiri selepas dirempuh kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan diesel di Jalan Pasir Gudang berhampiran Taman Perindustrian Plentong dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, anggota polis dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) berusia 33 tahun itu patah tiga bahagian pada kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd. Aziz berkata, kejadian berlaku apabila dua anggota polis peronda IPD Seri Alam yang melakukan rondaan di kawasan Pasir Gudang telah terserempak dengan kereta yang dinaiki suspek berusia 30 tahun dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis, suspek memecut laju keretanya secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 47