NEGARA

Presiden FAM ditentukan perwakilan Sabtu ini

Presiden FAM ditentukan perwakilan Sabtu ini


TUNKU ISMAIL


KUALA LUMPUR – Debaran semakin terasa buat seluruh peminat sukan tanah air menjelang Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 yang bakal menentukan hala tuju bola sepak negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Kongres itu yang akan berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya dekat sini pada Sabtu ini akan menjawab segala persoalan selama ini berhubung siapa yang bakal memimpin persatuan itu untuk tempoh empat tahun akan datang.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pertembungan satu lawan satu antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan bekas Pre­siden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang akan bertanding jawatan Presiden FAM untuk penggal 2017-2021.

Sekiranya Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim dipilih oleh ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri sebagai presiden baharu FAM, baginda akan menjadi pemimpin termuda memimpin badan induk bola sepak negara itu pada usia 33 tahun.

Bagaimanapun, sekiranya Annuar yang dipilih, ia merupakan pendakian dramatik bagi Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31