HIBURAN

Evolusi Big Sean

Evolusi Big Sean


BIG SEAN


Disokong dengan dua single terbaharu berjudul Bounce Back dan Moves yang kini menjadi siulan ramai melalui album I Decided, Big Sean boleh diklasifikasikan sebagai antara artis hip hop paling digemari di mata dunia.

Naskhah I Decided menonjolkan perubahan muzik Sean yang semakin matang. Ia kurang pecahan muzik yang terlalu bingit atau 'muzik parti' seperti menerusi tiga album terdahulu.

Menerusi trek seperti Inspire Me, Owe Me dan Voices In My Head, terbentang betapa Sean telah melalui evolusi dalam pembikinan muziknya. Dia menggubah dan menulis muzik secara lebih mendalam dan terperinci. Dalam erti kata lain, sisi peribadi penyanyi kulit gelap itu dicungkil melalui karyanya kali ini.

Jika pendengar hanya menghakimi single pertama Bounce Back yang kedengaran sedikit menggoda mahupun erotik, ada nuansa lain menerusi 13 trek lagu yang terkandung dalam album tersebut. Ia memberi bukti konkrit kerelevanan Sean sebagai antara penyanyi rap terbaik dalam peta muzik antarabangsa.

Lebih mengukuhkan kredibiliti Sean adalah kolaborasinya dengan rapper hebat, Eminem menerusi trek berjudul No Favors. Selain itu, dia turut menjalin keserasian dengan penyanyi seperti Jeremih melalui lagu Light, Twenty88 (Same Time Pt. 1), T-Dream (Sunday Morning Jetpack) dan Migos (Sacrifices).

Album I Decided bukan sekadar sebuah album hip hop komersial, ia menyuntik semangat untuk bergerak ke hadapan dan usah sesekali berhenti mengejar mimpi. Banyak lagi trek lain yang pasti menjadi hit selepas Bounce Back kerana itu antara kepakaran Sean dalam penulisan lagu.

MOHD. HAIKAL ISA

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 32