DUNIA

Pil 'pintar' ukur suhu dalam badan pesakit

Pil 'pintar' ukur suhu dalam badan pesakit


TERMOMETER e-Celsius mengandungi sensor untuk mengesan suhu dalam badan pesakit. - AGENSI


CAEN, Perancis – Sebuah termometer mini yang direka seperti pil kapsul biasa mampu menyelamat nyawa pesakit berumur atau mereka yang mempunyai masalah kadar imunisasi rendah, kata pasukan penyelidik di sini.

Pil 'pintar' yang dinamakan sebagai e-Celsius itu berfungsi sebagai sistem amaran awal dengan mengesan suhu badan seseorang pesakit sama ada meningkat atau menurun ke tahap berbahaya. Pesakit perlu menelan pil tersebut terlebih dulu.

Ia juga sesuai untuk ditelan oleh mereka yang menjalani tempoh pembedahan lama seperti pemindahan organ atau pembedahan jantung, menerima rawatan di unit rawatan rapi atau menghidap penyakit berjangkit.

Alat pemantau suhu mini itu didakwa boleh mengubah kaedah doktor mengendalikan kesan-kesan sampingan ubat kemoterapi selain mencegah pesakit mengalami hipotermia iaitu suhu badan turun di bawah paras 35 darjah Celsius.

Pil e-Celsius menggunakan unit sensor untuk mengesan suhu badan semasa sebelum menghantar maklumat itu setiap 30 saat kepada sebuah skrin komputer tangan.

“Ia boleh menyelamatkan nyawa, menambah baik tahap penjagaan pesakit dan menjimatkan kos hospital dengan mengenal pasti masalah sebelum pesakit menjadi lebih tenat,” kata Pakar Fisiologi Universiti Caen, Profesor Madya Stephane Besnard. - AGENSI

Horizon!»

Bermain salji di tapak sukan bertaraf dunia

MUSIM sejuk menjadi destinasi popular pengunjung dari seluruh dunia untuk bercuti, mendaki dan meluncur salji.

Varia!»

Pemasaran 4.0 dalam konteks ekonomi digital

Pemasaran 4.0 merupakan satu pendekatan berkaitan strategi pemasaran yang memerlukan gabungan bersepadu interaksi online dan offline antara pengeluar dengan pelanggan.

Process time in ms: 47