TERKINI

Kanak-kanak tiga tahun maut lemas dalam kolam renang

Kanak-kanak tiga tahun maut lemas dalam kolam renang

20/03/2017 11:09pm

Mior Azmi bersama isterinya Sabariah Sabran memangku jenazah anak mereka Dhia Zara yang lemas di sebuah kolam renang di sebuah homestay di sebuah inap desa di Tanah Hitam, Chemor ketika di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini.


IPOH - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas dipercayai lemas di dalam sebuah kolam renang di sebuah inap desa di Tanah Hitam, Chemor dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu mayat mangsa, Dhia Zara Mior Azmi,3, dijumpai dalam keadaan terapung di dalam kolam tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Sum Chang Keong berkata, sewaktu kejadian, bapa mangsa, Mior Azmi Mior Raflan, 41, yang sedang tidur telah sedar dan menjumpai anak di dalam sebuah kolam di luar inap desa.

Jelasnya, lelaki tersebut telah mengangkat mangsa yang sudah tidak sedar sebelum menghubungi adik iparnya untuk meminta bantuan.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia sewaktu ambulans tiba di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur-unsur jenayah," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat lemas di dalam kolam tersebut.

Tambah Chang Keong, berdasarkan keterangan bapa, mangsa sedang berehat di ruang tamu pada pukul 11 pagi.

Ujarnya, apabila sedar, bapanya mendapati mangsa tiada sebelum menjumpainya dalam keadaan terapung.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31