TERKINI

KPDNKK bincang tetapkan harga syiling untuk ubatan mahal

KPDNKK bincang tetapkan harga syiling untuk ubatan mahal

20/03/2017 10:22pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menetapkan harga siling bagi ubat-ubatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perbincangan itu bertujuan mewujudkan satu dasar kawalan harga ubat-ubatan supaya golongan kurang berkemampuan juga dapat membeli ubat-ubatan tersebut.

"Menerusi usaha ini memberikan peluang untuk kita bantu golongan kurang berkemampuan. Usaha ini juga sebagai salah satu cara untuk pastikan golongan tersebut mendapat rawatan sepatutnya.

"Kita akan lihat bagaimana kita boleh mencari satu cara yang efektif. Saya harap kita dapat bantu ramai rakyat mendapat rawatan optimal," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik seperti diabetis dan jantung antara yang tinggi harganya di pasaran. - Bernama

Process time in ms: 31