TERKINI

Pendirian Sarawak tentang RUU355 sudah dimaklumkan kepada PM

Pendirian Sarawak tentang RUU355 sudah dimaklumkan kepada PM

18/03/2017 9:14pm




KUCHING - Kerajaan Sarawak telah menyatakan pendirian berhubung usul Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, pendirian tersebut dimaklumkan kepada perdana menteri selepas beliau mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen Sarawak baru-baru ini.

"Saya sudah berjumpa mereka (anggota-anggota Parlimen Sarawak), kami (Sarawak) mempunyai pendirian kami sendiri dan saya telah maklumkan kepada perdana menteri dan beliau akan umumkan (pendirian Sarawak)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Muara Tuang di sini, hari ini.

Ketika diminta memberi perincian tentang makluman beliau kepada Najib, Abang Johari berkata: "Sebenarnya kami cadangkan supaya ia dikaji secara bijak dan terperinci kerana takut ada hukuman yang bersifat diskriminasi".

"Ini kerana Perkara 8(1) (Perlembagaan Persekutuan) menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Jadi sepatutnya tidak ada diskriminasi dalam hukuman kerana kita semua adalah sama rata," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47