VARIA

eRezeki buka peluang baharu pekerja digital

eRezeki buka peluang baharu pekerja digital


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua dari kiri) diberi penerangan tentang program eRezeki semasa majlis pelancaran Program Jana Pendapatan Tambahan eRezeki di Kuala Lumpur pada Jun 2015.


PROGRAM eRezeki merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memperbaiki penglibatan golongan berpendapatan rendah menggunakan saluran digital.

Melalui eRezeki, seseorang individu itu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang kreatif serta boleh berdaya saing.

MDEC bagi pihak kerajaan berusaha untuk menterjemahkan program eRezeki ini sebagai satu medium yang membolehkan individu dalam masyarakat mempelajari kemahiran baharu dan menjana pendapatan tambahan dengan melakukan kerja-kerja yang menarik mengikut bakat serta kemahiran masing-masing.

Ia bagi memenuhi permintaan syarikat-syarikat besar tempatan dan luar negara dalam pasaran yang lebih terbuka.

Usaha ini dibuat selaras dengan perkembangan dunia platform digital dan peluang kerja yang tidak terbatas melalui internet.

Kini, terdapat permintaan tinggi dan peluang yang besar untuk warga kerja digital kerana syarikat-syarikat besar dunia sedang menghadapi tekanan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cepat, maklumat tepat dan menguruskan perniagaan mereka dengan cekap serta lebih daya saing.

Sebagai seorang pekerja digital, seseorang individu itu dikehendaki mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki, melakukan pilihan kerja yang diminati dan mengikut kemahiran sedia ada seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat atau menulis cebisan-cebisan kandungan.

Selain itu, mereka juga boleh menjadi pengamal sesuatu pekerjaan tersebut dalam suasana latihan tanpa sebarang tekanan, mengambil ujian mudah demi melayakkan diri untuk tugasan itu.

Selepas itu, mereka akan melaksanakan pekerjaan itu untuk pelanggan sebenar yang berada di mana-mana sahaja di dunia dan menerima bayaran untuknya.

Prasarana

Bagi menggalakkan masyarakat Malaysia menceburi bidang itu, sekali gus merebut peluang keemasan tersebut, pusat-pusat eRezeki telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.

Sebagai ahli komuniti dalam masyarakat yang mempromosikan warga kerja digital eRezeki, seseorang itu akan tergolong dalam satu kumpulan pekerja serba baharu dan moden.

Mereka juga akan menggunakan teknologi terkini untuk mencari kerja dan memilih tugasan yang ingin dilakukan.

Apabila seseorang pekerja digital itu menghantar maklumat yang diperlukan, mereka akan menerima bayaran untuk segala tugasan yang menepati kehendak pelanggan.

Teknologi canggih dalam program eRezeki mempunyai keupayaan untuk merekodkan maklumat individu itu dan tugasan-tugasan yang berjaya dilaksanakan.

Bila pekerja digital ini semakin mahir, lebih banyak kerja yang akan ditawarkan kepada mereka.

Ini kerana teknologi Portal Kerja Digital eRezeki mengetahui jenis kerja yang individu itu berbakat dan menepati kemahiran yang ada terutamanya jika mereka mempunyai rekod kerja yang baik ketika melaksanakan tugasan atau kerja tersebut berulang kali.

Untuk membolehkan program ini berjalan dengan berkesan dan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dapat ditingkatkan, Pusat eRezeki dan wakil-wakil eRezeki diwujudkan di kawasan-kawasan strategik.

Individu yang ingin melibatkan diri dalam program ini boleh bersemuka dengan pengajar berkelayakan yang dikenali sebagai Siber Guru dan mengikuti kelas latihan secara berkumpulan bagi jenis kerja yang ditawarkan dalam portal kerja eRezeki.

Di pusat itu juga, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur teknologi maklumat yang membolehkan individu berkenaan bekerja dengan selesa.

Latihan

Ini adalah satu usaha untuk membantu rakyat mengoptimumkan ekonomi digital yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan pencari pekerjaan sampingan yang memerlukan bantuan untuk mendekati kemudahan-kemudahan serta infrastruktur teknologi maklumat.

Di Pusat-Pusat eRezeki itu, mereka berpeluang untuk mendekati, menerima dan menjalani latihan secara one to one (berurus secara terus dengan seorang) dan class room (bilik darjah) secara berkumpulan untuk pelbagai tugasan tertentu yang ditawarkan dalam Portal Kerja Digital eRezeki.

Pusat-Pusat eRezeki ini akan memberikan individu yang berminat akses kepada sebuah terminal komputer dan kemudahan internet jalur lebar berkelajuan tinggi bagi membolehkan mereka melaksanakan kerja atau tugasan itu.

Pusat-Pusat eRezeki yang diwujudkan ini amat membantu jika seseorang individu itu tidak mempunyai peralatan komputer dan kemudahan internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Changís Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 46