NEGARA

Suami isteri maut dipanah petir

Suami isteri maut dipanah petir


KEADAAN sepasang suami isteri yang maut selepas dipercayai dipanah petir ketika berjoging di Jalan Kenari 10, Puchong Jaya, Puchong semalam.


PUCHONG – Sepasang suami isteri maut selepas dipercayai disambar petir ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Kenari 10, Puchong Jaya di sini semalam.

Mangsa, Yee Boon Koo, 59, dan isterinya, Ooi Lee Chen, 57, ditemui dalam keadaan tertiarap di laluan pejalan kaki oleh seorang lelaki kira-kira pukul 6 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, ketika ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan terbaring dengan salah seorang daripada mereka mempunyai pendarahan pada kepala.

“Orang awam yang menemui kedua-dua mangsa kemudian menghubungi pihak ambulans.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan pesara swasta bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tiba tidak lama kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Bongkar sejarah Perang Naning

SHA HANIM menunjukkan buku keempat yang dihasilkannya berjudul Cincin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31