KESIHATAN

Burger bersaiz besar boleh sebabkan kegagalan fungsi hati

Burger bersaiz besar boleh sebabkan kegagalan fungsi hati


KANDUNGAN lemak di dalam burger bersaiz besar menyebabkan ia sukar untuk dicernakan.


TAHUKAH anda, pengambilan sebiji burger bersaiz besar dan kentang goreng memberi kesan buruk kepada fungsi hati.

Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kesukaran hati untuk memproses dan mencerna makanan yang diambil sehingga ia akhirnya menjejaskan fungsi organ tersebut.

Menurut seorang profesor dari German Centre for Diabetes Research di Jerman, Michael Roden, kewujudan lemak degil di dalam makanan tersebut menyebabkan ia mengalami kesukaran untuk dicerna.

Selain kewujudan lemak degil, kesukaran hati untuk mencerna makanan tersebut juga disebabkan oleh penambahan lemak sampingan seperti penggunaan minyak yang berlebihan ketika proses memasak.

“Penyakit hati selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak berlebihan.

“Bukan penyakit hati sahaja, pe­ngambilan makanan segera juga boleh menyebabkan individu mengalami obesiti disebabkan oleh kegagalan insulin di dalam tubuh,” jelasnya.

Menurut Roden lagi, pengambilan makanan tersebut bagaimanapun boleh diambil tetapi di dalam kuantiti yang kecil selain diambil dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bertindak sebagai serat untuk menyerap lemak tersebut.

Process time in ms: 15