TERKINI

Dua pelajar UMP lemas ketika berkelah

Dua pelajar UMP lemas ketika berkelah

25/02/2017 8:05pm


Mangsa lemas selepas ditarik pusaran air.


KUANTAN - Aktiviti berkelah sekumpulan 11 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang di sini bertukar tragedi apabila dua rakan mereka lemas dalam satu kejadian di Air Terjun Berkelah, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang berpunca apabila mangsa, Muhammad Zahid Hamidi Mohd. Hasan, 21, ditarik pusaran air ketika cuba untuk mencapai kawasan batu berhampiran air terjun berkenaan.

Melihat keadaan Muhammad Zahid yang terkapai-kapai, mangsa kedua, Muhammad Azrul Kharudin, 21, terjun untuk menyelamatkan rakannya tetapi turut ditarik pusaran air tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 1.15 petang dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.25 petang.

"Mangsa pertama Muhammad Azrul ditemui pada tingkat kedua manakala Muhammad Zahid ditemui tingkat ketiga," katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini. - K! ONLINE.

Process time in ms: 31