TERKINI

Lelaki ditemui mati dengan kesan tembak, tetak

Lelaki ditemui mati dengan kesan tembak, tetak

23/02/2017 3:21pm


Lelaki berpenampilan lembut ditemui mati dengan kesan tetak di kepala dan turut ditembak.


KUANTAN - Seorang lelaki berpenampilan lembut ditemui mati dengan kesan tetak di kepala dan turut ditembak dalam kejadian di Jalan Pasar di sini pagi tadi.

Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai berusia lingkungan 20-an itu ditemui orang awam di laluan deretan kedai pada kira-kira pukul 5 pagi.

Sumber di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, masih tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

Process time in ms: 31