TERKINI

Bayaran BR1M 2017 secara baucer mulai esok

Bayaran BR1M 2017 secara baucer mulai esok

17/02/2017 11:12pm


Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucer akan dibuat mulai esok (18 Februari).

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.

Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucer BR1M akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucer BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman blognya, www.najibrazak.com berkata, sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M telah diluluskan kerajaan setakat ini. - Bernama

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 32