TERKINI

Tapir dewasa mati dilanggar

Tapir dewasa mati dilanggar

17/02/2017 9:23pm




KEMAMAN - Seekor tapir jantan ditemui mati dipercayai dilanggar di Jalan Kuala Terengganu-Kemaman berhampiran Kampung Labohan, Kemasik dekat sini hari ini.

Haiwan dengan nama saintifiknya Tapirus Inducus itu ditemui mati dengan kesan berlumuran darah di tepi jalan tersebut oleh beberapa pengguna laluan terbabit pada pukul 7.30 pagi.

Seorang pengguna, Hasuni Sudin, 54, berkata, dia ternampak bangkai tapir berkenaan sewaktu sedang memandu keretanya di laluan tersebut untuk ke Chukai di sini dari Dungun.

"Sewaktu saya memandu bersendirian untuk ke sebuah rumah anak yatim di Chukai di sini, saya ternampak bangkai seekor tapir terbaring di tepi jalan raya.

"Saya segera memberhentikan kereta untuk melihatnya lebih dekat. Badannya yang besar dan berwarna hitam putih menarik perhatian saya," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 32