TERKINI

Peruntukan hampir RM10 bilion untuk subsidi, insentif tahun ini - Najib

Peruntukan hampir RM10 bilion untuk subsidi, insentif tahun ini - Najib

17/02/2017 8:07pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor tahun ini dan jumlah itu semakin meningkat setiap tahun.

Najib berkata, tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak prihatin dengan menghapuskan subsidi adalah tidak benar, sebaliknya kerajaan tetap berusaha membantu meringankan bebanan rakyat melalui tumpuan kepada golongan sasar.

"Kerajaan masih menanggung subsidi setiap tahun dan jumlahnya semakin meningkat mengikut harga pasaran dunia," kata Najib menerusi catatan di laman blog, najibrazak.com hari ini.

Menurutnya, bagi sektor pertanian sawah padi, kerajaan menyediakan RM1.3 bilion untuk menggalakkan pengeluaran hasil padi dan membantu para pesawah manakala untuk penoreh getah, kerajaan menyediakan RM510 juta subsidi dan insentif termasuk Bantuan Musim Tengkujuh.

"Untuk para nelayan pula, kerajaan memperuntukkan RM260 juta sebagai elaun sara hidup. - Bernama

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47