TERKINI

Pelancaran e-visa mampu tarik satu juta pelancong India

Pelancaran e-visa mampu tarik satu juta pelancong India

17/02/2017 8:04pm

NEW DELHI - Malaysia melancarkan e-visa bagi memudahkan pelancong India melawat negara berkenaan untuk bercuti, satu langkah disifatkan pengusaha pelancongan akan dapat membantu mencapai sasaran satu juta pengunjung dari India, tahun ini.

"E-visa itu boleh dikeluarkan dalam tempoh 48 jam dan membolehkan pelancong tinggal di Malaysia sehingga dua minggu," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sidang akhbar di New Delhi, Khamis.

Kos 'visa masuk' berkenaan adalah US$20 untuk yuran pemprosesan, hanya satu perempat daripada bayaran pas berulangkali perjalanan yang perlu dibayar pemegang pasport India pada masa ini.

Mohamed Nazri berkata, inisiatif itu adalah bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan industri pelancongan India berhubung bayaran visa.    

Badan-badan industri pelancongan terkemuka India mengalu-alukan kemudahan tersebut, sambil menyatakan sokongan mereka terhadap usaha untuk mempromosi pelancongan Malaysia. - Bernama

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 31