TERKINI

Nenek rayu bantuan rawat cucu sakit kulit kronik

Nenek rayu bantuan rawat cucu sakit kulit kronik

17/02/2017 9:31pm


Keadaan Amar Darwish yang mengalami penyakit kulit kronik sejak berumur setahun.


JITRA - Sudahlah hidup dalam kedaifan, seorang nenek, Tom Samah, 63, terpaksa pula menjaga dua cucunya yang menghidap penyakit kronik selepas kedua-dua ibu bapa mereka menghilangkan diri.

Tom berkata, seorang cucunya, Amar Darwish Azhari yang berusia 17 bulan mula menghidap penyakit kulit kronik sejak berumur setahun.

"Dia mula mengalami ruam selepas mendapat suntikan pada umur setahun di sebuah klinik kesihatan di sini.

"Bagaimanapun, ruam itu hilang tak lama selepas itu namun dikepalanya tumbuh biji seperti kudis. Sejak itu, dia mula mengalamai masalah kulit mengelupas, kering dan bersisik hampir keseluruhan badannya," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tandop Kedabu, Kuala Jerlun di sini hari ini.

Lebih menyedihkan, Amar Darwish akan menangis setiap kali dimandikan kerana pedih dan gatal. - Bernama

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 47