TERKINI

Kereta disita babitkan hutang saman RM22,130

Kereta disita babitkan hutang saman RM22,130

17/02/2017 11:35pm




MELAKA - Gara-gara memiliki hutang kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebanyak RM22,130, seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila kenderaannya disita tengah hari semalam.

Menurut Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Insfrastruktur MBMB, Md. Derus Tompang, semakan ke atas pemilik kenderaan berusia 67 tahun mendapati dia tidak pernah menjelaskan sejumlah 440 kompaun sejak tahun 2012.

"Kita terlebih dahulu telah mengunci kereta jenis Toyota Corolla itu ketika ditemui di kawasan parkir di Taman Melaka Raya, di sini kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

"Semakan penguat kuasa mendapati pemilik kenderaan itu memiliki 54 kompaun saman didaftarkan kes di mahkamah manakala baki 386 dalam proses untuk pendaftaran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kenderaan yang dipercayai digunakan anggota keluarga itu bagaimanapun gagal dituntut sehingga pukul 6 petang kelmarin, sebelum ditunda ke pejabat MBMB.

"MBMB mengenakan RM200 bagi caj kunci manakala RM150 bagi caj tunda di mana jumlah baharu keseluruhan tunggakan denda kenderaan itu ialah RM22,480," katanya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 46