TERKINI

Konstabel didakwa tipu peniaga RM2,000

Konstabel didakwa tipu peniaga RM2,000

17/02/2017 3:26pm


Seorang anggota polis (tengah) dibawa ke mahkamah hari ini.


MELAKA - Seorang anggota polis berpangkat konstabel didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu seorang peniaga membabitkan kerugian RM2,000 pada Disember lalu.

Tertuduh, Ahmad Muzammir Zorkarnain, 30, dari Balai Polis Kandang bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdayakan Abdul Hadi Mohd. Hashim Goo, 29, dengan tawaran untuk membebaskan seorang tahanan kes dadah sehingga lelaki itu menyerahkan wang RM1,000 di Balai Polis Bandar Hilir di sini, 26 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Muzammir didakwa melakukan kesalahan serupa ke atas individu sama membabitkan serahan wang RM1,000 di sekitar Taman Seri Telok Mas di sini pada keesokkan harinya.

Sabit kesalahan, tertuduh yang telah berkahwin boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Analia membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dan menetapkan 16 Mac ini untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 32