TERKINI

Kerajaan Terengganu anugerah tanah rintahan mengikut syarat

Kerajaan Terengganu anugerah tanah rintahan mengikut syarat

17/02/2017 3:15pm


Ahmad Razif


KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu akan menganugerahkan tanah kepada rakyat negeri ini yang tinggal di tanah milik kerajaan secara haram atau tanah bukan milik mereka mengikut syarat-syarat tertentu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah itu terpaksa diambil dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah pemilikan kediaman rakyat di negeri ini.

"Kerajaan bercadang melaksanakan konsep tanah rintahan iaitu mana-mana tanah yang didiami secara haram, akhirnya akan diberi hak milik kepada mereka yang tinggal di atas tanah berkenaan, mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

"Kita minta supaya pentadbiran tanah melihat mana-mana tanah milik kerajaan yang ada di negeri ini dan didiami secara haram supaya kita laksanakan seperti tanah rintahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan 46 geran tanah bagi program perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir di sini. - Bernama

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 16