TERKINI

Peguam didakwa pecah amanah hampir RM400,000

Peguam didakwa pecah amanah hampir RM400,000

17/02/2017 3:05pm




KUALA LUMPUR - Seorang peguam hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang jualan hartanah milik pelanggannya berjumlah hampir RM400,000.

Yuen Kwong Wai, 52, didakwa pecah amanah terhadap baki wang bayaran berjumlah RM305,637.21 daripada Yu Hung Sieng, Ling Ling dan Chieng Mee Kian kepada Law Hwi Chow untuk penjualan hartanah milik Law seperti dalam perjanjian jual beli bertarikh 17 Feb 2014.

Tertuduh tidak menyerahkan wang itu kepada penjual sebaliknya menggunakan untuk kegunaan sendiri.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan wang RM90,000 yang merupakan baki bayaran daripada Abdul Jamil Majid kepada Majid Hamid untuk penjualan hartanah Majid seperti dalam perjanjian jual beli bertarikh 26 Feb 2015.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di firma guamannya, Tetuan Yuen (amp) Co, di Jalan Sri Hartamas 7, Taman Sri Hartamas, di sini, masing-masing antara 10 Sept 2014 dan 9 Jun 2015 dan antara 15 Jan 2016 dan 10 Feb 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda. - Bernama

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 47