TERKINI

Sebut semula kes culik Pengarah Eksekutif 28 Februari

Sebut semula kes culik Pengarah Eksekutif 28 Februari

17/02/2017 2:04pm


Anggota polis Unit Khas Cawangan Jenayah Berat (D9) membawa dua lelaki yang didakwa terbabit dalam kes culik seorang ahli peniagaan bergelar Datuk di tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique dua tahun lalu di Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini.


KUANTAN - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan menculik Pengarah Eksekutif, dua tahun lalu.

Lim Sun Chye, 45, dari Kemaman, Terengganu dan Ang Boon Leong, 40, dari Kepong, Kuala Lumpur mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama tiga individu lain yang masih bebas diadakwa melakukan kesalahan menahan Datuk Chin Yoke Choon, 53, bagi mendapat wang tebusan RM19 juta dengan melarikan serta mengurungnya secara salah.

Mereka melakukan kesalahan itu pada 5.55 petang, 26 Disember 2015, di tempat meletak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Indera Mahkota.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal.

Bagaimanapun, Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan 28 Februari bagi membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi. - K! ONLINE

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 47